Head Quarters:
WISMA RAHMAT
No. 52 & 54, Jalan SS6/14, Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tarikh: 22 Julai 2026 - 24 Julai 2026
Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Primiera Hotel Kuala Lumpur
Pengenalan
Dalam usaha memperkukuhkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran di peringkat cawangan, seminar ini dirangka sebagai platform pembangunan kompetensi bagi meningkatkan kefahaman, pengetahuan serta kemahiran pegawai dan kakitangan dalam aspek pengurusan operasi cawangan secara menyeluruh.
Persekitaran kerja yang semakin dinamik memerlukan setiap warga kerja cawangan memahami fungsi jabatan secara lebih holistik agar penyampaian perkhidmatan dapat dilaksanakan secara cekap, sistematik dan selaras dengan objektif organisasi.
Sehubungan itu, Seminar Pemantapan Kompetensi Pentadbiran Cawangan diadakan bagi memperkukuh integrasi antara jabatan/divisyen, meningkatkan kecekapan pentadbiran, serta memperkasakan peserta dengan ilmu praktikal berkaitan tadbir urus, operasi, pengurusan sumber, pematuhan prosedur dan strategi pembangunan organisasi.
Tarikh: 11 April 2026
Masa: 8.30 pagi – 1.30 petang
Tempat: Lapang Sasar PDRM Kuala Kubu Bharu
Pengenalan
SRT Security Services Sdn. Bhd. telah menganjurkan Latihan Menembak Tahunan Cawangan COH 2026 sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan dan mengekalkan tahap kompetensi anggota dalam pengendalian senjata api secara selamat, cekap dan profesional.
Latihan ini turut bertujuan menguji tahap keberkesanan serta kondisi senjata api milik syarikat bagi memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan. Di samping itu, latihan ini dilaksanakan bagi memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam proses pembaharuan lesen dan permit Carry & Use (C&U) senjata api.
Tarikh: 15 November 2025 (Sabtu)
Masa: 7.30 pagi – 5.00 petang
Tempat: Kinta Riverfront Hotel & Suites, Ipoh, Perak
Pengenalan
Jawatankuasa Kursus Pemanduan Berhemah 2025 (Wilayah Utara) akan menganjurkan Kursus Pemanduan Berhemah bagi para pemandu SRT dari cawangan Central Operation Hub (COH), Seri Manjung, Ipoh, Butterworth, Alor Setar, Langkawi dan Kota Bharu.
Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta kesedaran pemandu terhadap aspek keselamatan jalan raya, pematuhan undang-undang dan amalan pemanduan yang selamat ketika menjalankan tugasan harian.
Tarikh: 13 Disember 2025 (Sabtu)
Masa: 7.30 pagi – 6.00 petang
Tempat: Grand Darul Makmur Hotel, Kuantan, Pahang
Pengenalan
Jawatankuasa Kursus Pemanduan Berhemah 2025 (Wilayah Pantai Timur) akan menganjurkan Kursus Pemanduan Berhemah bagi para pemandu SRT dari cawangan Kuantan, Temerloh, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Butterworth, Seri Manjung, Ipoh dan Langkawi.
Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta kesedaran para pemandu terhadap aspek keselamatan jalan raya, pematuhan undang-undang dan amalan pemanduan yang selamat semasa menjalankan tugasan operasi harian.
Tarikh: 8 November 2025 (Sabtu)
Masa: 7.30 pagi – 5.00 petang
Tempat: Bangi Resort Hotel, Bangi, Selangor
Pengenalan
Jawatankuasa Kursus Pemanduan Berhemah 2025 (Wilayah Tengah & Selatan) akan menganjurkan Kursus Pemanduan Berhemah bagi para pemandu SRT dari cawangan Central Operation Hub (COH), Seremban, Melaka dan Johor Bahru.
Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta kesedaran para pemandu terhadap aspek keselamatan jalan raya, pematuhan undang-undang serta amalan pemanduan yang selamat ketika menjalankan tugasan operasi harian.
Head Quarters:
WISMA RAHMAT
No. 52 & 54, Jalan SS6/14, Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.