Personal Data Protection Act (PDPA)
NOTIS DIBÅWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010
(NOTICE PERSONAL DATA PROTECTION ACT 2010)
NOTIS
Syarikat SRT Security Services Sdn. Bhd. sebagaimana ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965 (selepas dirujuk secara kolektif sebagai "Syarikat") dari semasa ke sémasa, meletakkan kepentingan untuk mengikut sebarang perubahan perundangan yang diisytiharkan oleh Kerajaan Malaysia. Sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, Notis Pelindungan Data Peribadi ini ("Notis") bertujuan untuk memaklumkan kepada anda cara bagaimana kami mengumpul dan memproses data peribadi anda sebagai seorang bakal, semasa atau bekas Pengarah, Pekerja atau Kakitangan (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai "Pekerja") di Syarikat kami.
APAKAH SUMBER DATA PERIBADI YANG KAMI KUMPUL?
Data peribadi bermaksud apa-apa maklumat yang mengenalpasti serta perkara-perkara berkaitan diri anda. Syarikat mengumpul dan memproses data peribadi anda semasa anda mengemukakan permohonan pekerjaan atau semasa permulaan kerja anda dan selepas itu berterusan dari semasa ke semasa sehingga anda berhenti bekerja.
APAKAH DATA PERIBADI YANG KAMI KUMPUL DAN DIPROSES OLEH SYARIKAT?
SRT Security Services Sdn. Bhd. akan mengumpul dan memproses data peribadi anda termasuk:-
- Nama, tarikh lahir, kewarganegaraan, kaum, jantina, nombor kad pengenalan, nombor pasport, status perkahwinan, alamat surat menyurat, butiran perhubungan termasuk nombor telefon rumah, pejabat, nombor telefon bimbit, nombor hubungan kecemasan, faksimili, alamat e-mel, maklumat keluarga, nombor pendaftaran, lesen memandu, sejarah memandu, status pemastautin dan status permit kerja.
- Nombor akaun KWSP, PERKESO, cukai pendapatan, butiran perbankan, maklumat kewangan / kebolehpercayaan kredit.
- Tarikh masuk kerja, tarikh-tarikh kenaikan pangkat, sejarah bekerja, kemahiran teknikal, latar belakang pendidikan, pencapaian akademik, pendaftaran dan persijilan professional, kemampuan berbahasa, kursus-kursus latihan yang dihadiri.
- Rekod ketidakhadiran bekerja, kelayakan dan permohonan-permohonan bercuti, sejarah dan jangkaan gaji, penilaian-penilaian prestasi, surat pujian dan penghargaan, dan prosedur tatatertib dan aduan.
- Maklumat cuti sakit yang berbayar, pencen-pencen, insurans dan segala ganjaran-ganjaran lain (termasuk maklumat jantinia, umur, kewarganegaraan, kad pengenalan atau pasport suami/isteri, anak-anak atau tanggungan yang layak atau benefisiari).
- Tarikh perletakan jawatan atau penamatan pekerjaan atau maklumat yang berkaitan dengan pengendalian pekerjaan (contoh-contoh untuk rujukan).
- Maklumat statistik penting, kesihatan dan perubatan termasuk keadaan kesihatan mental dan fizikal.
- Keputusan semakan latar belakang kredit atau jenayah, pemeriksaan sijil kesihatan.
- Maklumat yang dirakam oleh system keselamatan TV Litar Tertutup (CCTV).
- Maklumat pada sistem key car entry atau maklumat log masuk pada sistem-sistem berkomputer.
- Mel suara, email, surat menyurat dan lain-lain hasil kerja dan komunikasi yang dibuat, disimpan, atau dihantar dengan menggunakan komputer atau alat-alat komunikasi Syarikat.
- Segala maklumat lain yang dikehendaki untuk mematuhi undang-undang dan pengawalseliaan.
- Maklumat-maklumat lain yang terkandung dalam borang kerja anda dan/atau apa-apa maklumat yang diberi oleh anda atau pihak-pihak ketiga.
PENDEDAHAN DATA PERIBADI ANDA
Dibawah keadaan-keadaan atau situasi tertentu, Syarikat boleh mendedahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga seperti berikut :-
- Mana-mana orang yang diarahkan oleh atau yang telah diberikan persetujuan oleh anda.
- Mana-mana orang yang berkenaan bagi tujuan permohonan pekerjaan atau kerja anda bersama Syarikat termasuk tetapi tidak terhad kepada penasihat-penasihat Syarikat, institusi kewangan, perbankan, badan-badan pengawalseliaan dan sebagainya.
- Mana-mana orang bagi tujuuan pematuhan keperluan undang-undang pengawalseliaan.
- Pemproses data iaitu pihak ketiga yang akan diguna khidmat bagi memproses data peribadi bagi perkhidmatan-perkhidmatan sokongan komputer, perkhidmatan-perkhidmatan pemulihan bencana, bank-bank dan institusi-institusi kewangan dan sebagainya.
- Penasihat-penasihat professional Syarikat, termasuk tetapi tidak terhad kepada penasihat-penasihat undang-undang, penasihat-penasihat cukai, penasihat-penasihat kewangan, juruaudit-juruaudit, broker-broker insurans dan sebagainya.
Syarikat juga boleh memindahkan data peribadi anda keluar dari Malaysia bagi tujuan-tujuan dan kepada pihak-pihak ketiga sepertimana yang dinyatakan dalam notis ini. Data peribadi anda juga akan dipindahkan keluar dari Malaysia jika anda berada atau bertempat di luar Malaysia.
AKSES DAN PEMBETULAN DATA
Jika anda ingin mengakses dan memohon untuk mengemaskini atau membuat pembetulan data peribadi anda, menarik balik persetujuan anda atau menghadkan penggunaan data peribadi, anda boleh membuat permohonan bertulis anda kepada :-
Jabatan Sumber Manusia,
Divisyen Khidmat Sokongan,
SRT Security Services Sdn. Bhd.,
Wisma Rahmat, No 52 & 54,
Jalan SS 6/14 Kelana Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03 - 7803 5588
Fax: 03 - 7803 7616
PENAFIAN (Disclaimer)
Ketepatan dan kelengkapan data peribadi anda bergantung pada maklumat yang anda berikan kepada Syarikat, Syarikat menganggap sebarang maklumat yang anda berikan adalah benar, tepat, lengkap dan terkini melainkan jika anda memaklumkan sebaliknya kepada Syarikat.
Syarikat menganggap bahawa maklumat pihak ketiga yang anda berikan kepada Syarikat termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat bekas majikan atau maklumat keluarga adalah tepat, lengkap dan terikini dan anda mendapatkan persetujuan yang sewajarnya untuk mendedahkan maklumat tersebut.